Showing posts with label Ma-'aajim. Show all posts
Showing posts with label Ma-'aajim. Show all posts

Thursday, February 02, 2006

aahah dan auhah, Teori Bunyi dan Makna

Mari membaca beberapa perkataan dan meneliti perkaitannya.

Kalimah الباحة bermaksud الماء (air), مجموعة النخيل (himpunan pokok kurma), الساحة (lapangan, ruangan). Fokuskan pada makna lapangan.

Kalimah الراحة bermaksud عدم التعب (tidak penat, kerehatan), النشاط (kecergasan) atau باطن اليد (perut tapak tangan, bukan bahagian belakangnya). Fokuskan pada makna tidak penat atau kerehatan juga tapak tangan.

Kalimah الساحة bermaksud الأرض الفارغة بين البيوت (tanah yang kosong di antara rumah-rumah) (atau telah diumumkan penggunaannya kepada mana-mana lapangan yang kosong)

Ketiga-tiga kalimah ini mempunyai beberapa persamaan. Iaitu, ‘ain fe’el adalah huruf ha, dan ditamatkan dengan ta marbutah (ta simpul). Juga, ia membawa maksud kelapangan dan keluasan, seperti bahah yang bererti lapangan, juga rahah yang bererti rehat yang melapangkan. Kalimah sahah lebih-lebih lagi bererti lapangan atau kawasan yang kosong dan lapang.

Saya mahu mengaitkan teori kelapangan dengan kesan daripada penggunaan huruf ha, (sila sebut haa, dan cuba rasa makhraj yang keluar. Anda rasa ia keluar dari dalam dada, melapangkan) seterusnya ha itu berbaris atas, yang menambah kesan kelapangan ketika menyebutnya. Kemudian lihat ta marbutah di akhir kalimah yang berperanan menguatkan bunyi ha, (menjadi hah) yang menggandakan kesan lapang dalam dada. Perhatikan juga huruf alif sebelum ha, yang membantu sedikit sebanyak kepada rasa lapang ketika menyebut kalimah ini.

Kesan ini tidak dapat dirasai jika sebelum huruf ha adalah huruf ya seperti contoh القيح yang bererti air liur.

Teori kelapangan ini saya percaya, memberi kesan kepada jiwa orang Arab, sehingga beberapa kalimah lain turut membawa maksud kelapangan yang sama.

Lihat pula majmu’ah perkataan ini.

Kalimah الدوحة bermaksud الشجرة الكبيرة والواسعة (pokok yang besar dan luas) atau البيت الكبير (rumah yang besar).

Kalimah الشوحة bermaksud طير كبير الحجم يعرف باسم الحدأة (sejenis burung yang bersaiz besar dikenali dengan nama hid-ah, sejenis burung helang)

Kalimah الفوح bermaksud الفيض (melimpah, pelimpahan), atau غليان القدر (melimpahi cerek) atau انتشار الروائح (tersebarnya bau).

Kalimah اللوح bermaksud الخشبة المسطحة (papan kayu yang terbentang, yang selalunya dibuat papan iklan atau papan tulis) atau الصحيفة (muka surat, lembaran akhbar)

Kalimah النوحة bermaksud الصرخة الباكية (jeritan tangisan, ratapan)

Perbezaan majmu’ah perkataan ini dengan yang di atas tadi adalah - sebelum huruf ha adalah huruf wau. Tetapi, masih lagi huruf ha digunakan dengan huruf ha itu berbaris atas dan diakhiri (sebahagiannya) dengan ta marbutah yang menguuatkan bunyi ha kepada bunyi hah. Semua ini berperanan menguatkan bunyi ‘kelapangan’, ‘keluasan’.

Lihat kalimah dauhah, yang bererti rumah yang luas, pokok yang besar dan luas, kalimah syauhah bererti burung yang besar, membawa juga maksud yang seerti lapang dan luas. Lihat kalimah fauh yang bererti melimpah, tersebarnya bau. Kalimah lauh bererti papan yang terbentang dan luas, kalimah nauhah yang bererti ratapan yang panjang dan bersifat luas.

Barangkali anda pening dengan teori bunyi dan kesan bunyi kepada makna. Tetapi, saya boleh kata, bunyi adalah antara alat yang mempengaruhi kepada pemaknaan kata, sekaligus membawa kesan kepada zuk arabi. Kalau tidak terlalu melampau, saya akan katakan, antara sebab hilangnya zuk arabi yang salim daripada jiwa orang Arab sekarang ini adalah, kerana mereka menukarkan huruf-huruf tertentu kepada huruf lain, seperti huruf kof yang disebut sebagai hamzah atau ga, huruf jim yang disebut dengan bunyi ga.

al_jantanie
manhumi_ilm

Wednesday, February 01, 2006

Kozura, Kozafa, Koza'a, Koziya

Mari melihat beberapa perkataan.

قذر (kozura yakzuru, atau kozira yakzaru – kozran wa kozoratan) bermakna اتسخ (ittasakho) iaitu (berlaku cemar, berlaku kotor, berada dalam keadaan kotor). Jika pada wazan قذر (kozzara, yukozziru, takziran) bermakna وسخ (wassakho) iaitu bermakna (mencemarkan, mengotorkan)

قذع (koza'a yakza'u koz'an) begitu juga pada أقذع (akza'a, yukzi'u, ikza'an) – kedua-duanya membawa makna رمى بسوء القول (melontarkan kata-kata yang menyakitkan, atau kata-kata yang buruk dan jahat)

قذف (kozafa, yakzifu, kozfan) yang bermakna رمى (roma) iaitu (melontar, membaling – dalam sesetengah makna yang lain membawa maksud, menuduh, kerana menuduh adalah seolah-olah melontarkan sesuatu iaitu kata-kata) dan makna kedua دفع القارب بالمقذاف (dafa'a al-qarib bil mikzaf) iaitu (mendayung sampan dengan alat pendayung

قذي (koziya, yakza, kozan wa kozyan) bermakna وقع فى عينه القذى (waqa'a fi 'ainihi koza) iaitu (berada pada matanya sesuatu yang menyakitkan) Lihat pula pada أقذى (akza, yukzi, ikza-an) bermakna رمى فى عينه القذى (melontarkan kepada matanya sesuatu yang menyakiti)

Daripada keempat-empat perkataan ini, kita dapat melihat perkaitan yang agak kuat di antara kalimah kepada yang lainnya. Lihat dahulu koza'a juga akza'a yang membawa erti melontar sesuatu perkataan yang buruk. Lihat kozafa, juga mengandungi maksud melontar, dan menuduh, dan kebiasaanya, tuduhan adalah pada perkara yang tidak baik. Kalimah akza, yang membawa melontarkan sesuatu yang menyakitkan, sesuatu yang tidak baik.

Ketiga-tiga perkataan ini ada perkaitan dari segi maksud 'melontar, mencampakkan', dan maksud 'tidak baik dan menyakitkan'. Lihat pula kalimah pertama tadi, iaitu kozura yang bermaksud 'berlaku cemar' dan kozza membawa maksud, mencemarkan, mengotorkan. Bukankah ia juga membawa makna 'kotor dan tidak baik'

Semua empat perkataan ini sama pada dua huruf pertama iaitu kof dan zal, dan berbeza pada lam fe'el iaitu ra, ain, fa dan ya.

al_jantanie
manhumi_ilm

Monday, January 30, 2006

Najma-'u l-Jumuuk

هيا نجمع الجموع!

الخلص جمع الخالص
العراة جمع العاري
البصراء جمع بصير

هيا بالألفاظ الرائعة

القدام بمعنى أمام
القهقرى بمعنى الرجوع الى الوراء
أحرم (فى الصلاة) أكبر تكبيرة الإحرام
أم (فى الصلاة) تقدم الناس وصلى بهم إماما

Mari kita mengumpulkan kalimah-kalimah jamak!

Al-khullas jamak kepada al-khalis
Al-‘uratu jamak kepada al-a’ri
Al-busorok jamak kepada basir

Mari bersama lafaz-lafaz yang menakjubkan

Al-kuddam bermakna amam
Al-kohkoro bermakna ar-rujuk ilal warak
Ahrama (fis solati) - adalah - akbara takbiratal ihram
Amma (fis solati) – adalah - taqaddaman nasa wa solla bihim imaman.

Tuesday, January 17, 2006

Batta, Batara, Bataka Dan Batala

Seorang pelawat datang dan bertanyakan entri baru.

Baru-baru ini, ketika pulang dari peperiksaan, saya ada membelek Mu'jam Tullab sekaligus menemui sesuatu untuk dikongsikan dengan semua. Mengenai 4 perkataan ini.

( بَـتّ – بَـتـَر – بَـتـك – بَـتـل )

Perbezaan di antara setiap kalimah ini adalah pada 'lam al-fe'li' di mana lam fe'el dalam kalimah pertama adalah ta, lam fe'el bagi kelimah kedua adalah ra, lam fe'el kalimah ketiga adalah kaf dan lam fe'el bagi kalimah keempat adalah lam.

Dari sinilah kita mendapati bahawa, keempat-empat kalimah ini mempunyai kaitan yang sangat dekat sekali iaitu – hanya berbeza lam fe'el. Kaitan ini sekaligus mempunyai kaitan baru iaitu – mempunyai makna yang hampir sama atau dekat.

Mari lihat satu persatu.

بــت
Batta, yabittu atau yabuttu, battan - bermaknaقطع iaitu bermaksud potong.

بتر
Batara, yabturu, batran - bermakna قطع iaitu juga bermakna potong.

بتك
Bataka, yabtiku atau yabtuku, batkan - bermakna قطع iaitu bermakna potong juga.

بتل
Batala, yabtilu atau yabtulu, batlan – bermakna قطع iaitu bermakna potong juga.

Daripada sinilah, timbul satu teori yang mengatakan, bahawa terdapat satu perhubungan yang kuat antara satu kalimah dengan satu kalimah yang lain, kerana kalimah ini berkembang dan membiak, dan asalnya daripada satu asas yang sama. Untuk melihat aplikasinya dalam Bahasa Melayu (supaya lebih jelas) lihat perkataan catat dan catit, bukankah kedua-duanya mempunyai kaitan makna yang sangat kuat dan dekat, dan perbezaannya Cuma huruf a diganti i.

Harap catatan @ catitan saya untuk blog ini hidup kembali.

al_jantanie
manhumi_ilm

Nota Malhuzat
1) Kalau tak salah, teori ini pernah diulas dalam Mu'jam Maqayis Lughah, silap saya belum baca lagi.

2) Tidak biasa menaip jawi alias Arab menyebabkan saya kekok semasa menaip. (Moral : belajar-belajarlah taip Arab)

Monday, January 16, 2006

sms

توسيعا عليك, ترغيبا بك – لم تنأيين عني؟

حان ما حان, دان ما دان, ذهب ما ذهب, غاب ما غاب.

ذكرك ما فتئ, فالله أولى.

(Tausi'an alaiki, targhiban biki – lima tan-ayi-na 'anni?)
(Hana ma han, dana ma dan, zahaba ma zahab, ghaba ma ghab.)
(Zikruki ma fati-a, faLlahu aula.)

Seorang kawan (perempuan) beri sms dan mengucap salam. Antaranya ucapan tasyjik (beri semangat) untuk imtihan, dan doa-doa yang baik. Apa yang lebih? Ia dalam bahasa Arab. Saya pantang, jadi saya balas juga (sekadar yang saya mampu) seperti di atas.

Maknanya:

1. Tausi'an – wassa'a – yuwassi'u – meluaskan, melapangkan, memberi kelapangan.
2. Targhiban – (ragh-gha-ba) – (yuragh-ghi-bu) – menyukakan, menjadikan suka, menyenangkan.
3. (Tan-ayi-na) – (na-a) – (yan-a) – jauh, menjauh. (dengan dhomir anti)
4. Hana – yahinu – hainan – dekat.
5. Dana – yadunu – tunduk, akur.
6. Zahaba – yazhabu - pergi, berlalu, telah lepas.
7. Ghaba – yaghibu – ghaiban – ghiyaban – lenyap, hilang, ghaib, telah berlalu.
8. Zikruki – mengingatimu (p)
9. Ma (fati-a) – sentiasa, selalu, berterusan.
10. Aula – lebih utama, lebih aula.

Ayat pertama adalah soalan – Dengan segala kelapangan yang aku beri, dan dengan segala kegembiraan aku terhadapmu, mengapa engkau menjauhiku?

Ayat kedua adalah rencam.( konsep fe'el fa'el ) Telah dekat apa yang telah dekat (peperiksaan), telah akur apa yang telah akur (terhadap peperiksaan), telah berlalu apa yang telah berlalu (madah-madah imtihan), telah lenyap apa yang telah lenyap (masa, peluang).

Ayat ketiga (konsep mubtada' khabar) Mengingatimu sentiasa, maka (mengingati) Allah adalah lebih utama.

manhumi_ilm

Malhuzat 1: Saya tersilap bila meletak (tanfiran laki) dalam sms. Abaikan ia. Ataupun, kalau mahu ditakdirkan, takdirkan ia begini.

نفرت لك تنفيرا ليوسعك توسيعا عليك و ليرغبك ترغيبا بك

(Naffartu laki tanfiran, liyuwassi'uki tausi'an, wa liyuragh-ghi-buki targhiban biki)

Malhuzat 2: Kawan saya kata - bukan (tan-ayi-na) tetapi (tan-ai-na). Saya kena semak lagi

Friday, September 30, 2005

Tuesday, September 27, 2005

Doa





Ya Allah,
Sesungguhnya kami jadikan (letakkan) Engkau di leher-leher musuh-musuh-Mu (yang juga merupakan) musuh-musuh kami (yang adalah) musuh-musuh agama, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Ya Allah,
Cerai-beraikanlah persatuan mereka, pecah-belahkanlah kumpulan mereka, pecah-belahkanlah kalimah (pendapat) mereka, dan goncangkanlah kaki-kaki mereka, dan kuasai ke atas mereka seekor anjing daripada anjing-anjing-Mu, Wahai Tuhan yang bersifat Keras, Yang bersifat Pemaksa, Yang bersifat Membalas.

Ya Allah yang menurunkan kitab, dan yang menggerakkan awan, dan yang menewaskan ahzab (kumpulan-kumpulan), kalahkan mereka dan menangkanlah kami ke atas mereka.

Ya Allah tolonglah agama Islam dan muliakanlah orang muslimin, dan hancurkan syirik dan musyrikin, dan letupkan musuh-musuh-Mu (yang merupakan) musuh-musuh agama. Dan tolonglah kami wahai Tuhan sekelian alam.

al_jantanie
manhumi_ilm

Friday, September 23, 2005

Boikot

Jumlah Pecinta Bahasa Arab Yang Mengunjungi Setakat Entri Ini Dicipta :: 100

قاطعوا منتجات الشركات الداعمة لإسرائيل
Boikot produk syarikat yang mendokong Israel

setakat ini sahaja.

al_jantanie

Saturday, September 10, 2005

Intikhoobaat Versi Kain Rentang

Semasa pilihanraya Presiden berlangsung di Mesir, saya sempat mencatat beberapa frasa yang terpahat di kain-kain rentang. Mari cicipi dengan mata lughawi.

الإتحاد يؤيد السيد حسني مبارك كرئيسا لمصر الجديدة
Persatuan menyokong Tuan Husni Mubarak sebagai pemerintah Mesir Yang Baru.

نحن ندعمك و نساعدك يا السيد
Kami menyokongmu dan membantumu wahai tuan

مبارك رجل الحرب والسلام
Mubarak, Pemuda (tonggak) dalam peperangan dan keamanan.

من أجل حياة أفضل، نؤيدك رئيسا لجمهورية
Demi kehidupan yang lebih baik, kami menyokongmu menjadi pemerintah untuk republik (ini)

بالقلب والعقل اخترناك
Dengan (sepenuh) hati dan akal, kami memilihmu.

من أجل العبور للمستقبل
Demi merentas masa hadapan

رجل الأمن والأمان
Pemuda keamanan dan keamanan (ketenteraman)

أنت حلم مصر
Engkau impian Mesir

مبارك، القيادة والعبور
Mubarak, pemimpin dan perentas (ke masa hadapan)

Ya, tolong semak dan kalau salah atau ada yang lebih tepat mahupun cadangan, kirim sahaja dalam ruangan komentar.

Monday, September 05, 2005

Za'iiman Dan Ikrob

Mari kita berbincang lagi.

مبارك زعيما وستظل زعيما

Saya memetik ayat ini sedang dalam perjalanan ke Zahra’ Waktu ini sedang dalam fatrah pilihanraya Presiden Mesir.

Persoalannya, bagaimana kita mengikrab perkataan ( زعيما )
(Zaieman) secara asasnya bukan khabar kepada Mubarak, kerana (zaieman) adalah mansub. Walaupun sesetengah ikrab akan membenarkan (zaieman) menjadi khabar dengan cara mahalli. (fi mahalli khabar).

Tetapi, saya tidak menyokong ikrab yang sebegini, sekalipun harus dengan darurat.

Mencari ikrab bagi (zaieman) lebih wajar dengan melihat tanda kedua yang jelas di dalam ayat.

Lihat ( وستظل زعيما)

(tazillu) adalah akhawat (kana) dan membawa hukum mansub. Lebih jelas lagi, ia membawa (wau atof), bermakna…ia tabiek (mengikut) yang sebelumnya. Saya mencadangkan ia diikrab sebagai:

( كان مبارك زعيما وستظل زعيما )

Maaf, saya terlupa hendak menerangkan maknanya. Adalah Mubarak itu seorang ketua, dan dia akan sentiasa menjadi ketua.

Meletakkan (kana) lebih sesuai dan menepati kerana dua faktor pembayang tadi.

Pertama, (zolla) adalah akhawat (kana), maka meletakkan (kana) jauh lebih sesuai daripada yang lain-lain. Kedua, pembawaan (wau atof) memberi erti tabiek (mengikut) yang sebelumnya.

Adapun, mengenai (huruf atof), kita mendapati percanggahan dari segi jenis fe’el.

Adapun fe’el kana (yang saya cadangkan) berbentuk (madhi), dan fe’el (zolla) yang berada dalam ayat berbentuk (mudharik). Saya menghuraikannya sebagai sesuai dari aspek maknawi yang dibawa oleh ayat.

Lihat makna ayat.

(وستظل زعيما

Ayat ini memberi erti (dan dia akan sentiasa menjadi ketua). Akan dalam ayat ini membawa maksud mudharik, dan sebagai pemadanan saya kira patut diletakkan ayat madhi. Kerana selepas mubarak itu ‘telah’ menjadi ketua, barulah istilah ‘sentiasa’ menjadi ketua dikira sesuai dengan keadaan.

Bagaimana? Anda setuju? Beri pandangan!

manhumi_ilm

Tuesday, August 23, 2005

Koola Man Kool

Kola Man Kol, Kod Horoja Ma Horoja.