Saturday, September 10, 2005

Intikhoobaat Versi Kain Rentang

Semasa pilihanraya Presiden berlangsung di Mesir, saya sempat mencatat beberapa frasa yang terpahat di kain-kain rentang. Mari cicipi dengan mata lughawi.

الإتحاد يؤيد السيد حسني مبارك كرئيسا لمصر الجديدة
Persatuan menyokong Tuan Husni Mubarak sebagai pemerintah Mesir Yang Baru.

نحن ندعمك و نساعدك يا السيد
Kami menyokongmu dan membantumu wahai tuan

مبارك رجل الحرب والسلام
Mubarak, Pemuda (tonggak) dalam peperangan dan keamanan.

من أجل حياة أفضل، نؤيدك رئيسا لجمهورية
Demi kehidupan yang lebih baik, kami menyokongmu menjadi pemerintah untuk republik (ini)

بالقلب والعقل اخترناك
Dengan (sepenuh) hati dan akal, kami memilihmu.

من أجل العبور للمستقبل
Demi merentas masa hadapan

رجل الأمن والأمان
Pemuda keamanan dan keamanan (ketenteraman)

أنت حلم مصر
Engkau impian Mesir

مبارك، القيادة والعبور
Mubarak, pemimpin dan perentas (ke masa hadapan)

Ya, tolong semak dan kalau salah atau ada yang lebih tepat mahupun cadangan, kirim sahaja dalam ruangan komentar.

2 comments:

الصعيدي said...

assalamualaikum abang zaki :D
1)kalimah "rajul"(pemuda) mungkin boleh digantikan dgn makna majazi="wira@pejuang@pahlawan@jaguh dll....sbbnya kalo kita bagi makna "pemuda"sbg mana lafaz haqiqinya...mcm kurang sesuai...maklumlah "pak cik" tu umurnya dah banyak... tapikan ini bukan maksud untuk mentua-tuakan(menghina)org yg dah berumur hihihi...
2)kalimah "tuan" rasanya mcm tak kena....kalo tukar dgn Y.A.B ke DATO'SERI ke ,amacam?cara tak?
3)al ittihad tu hamzah wasol..bukan hamzah qoto'&saya rasa kalimah makrifah tu tlh dipendekkan utk tujuan mringkaskan iklan,jadi lbih elok apabila kita terjemahkan,kita kembalikan semula kalimah makrifah dgn nama lengkapnya sbg contoh ,kalau persatuan tu dianggotai oleh pemandu bas bandar kaherah punya ,maka kita terjemahkan begini :PERSATUAN PEMANDU BAS BANDAR KAHERAH SEBULAT SUARA MENYOKONG Y.A.B. HUSNI MUBARAK SEBAGAI calon PRESIDEN MESIR YG BARU.
4)husni mubarak... wira peperangan..perisai@pembela keamanan
5)demi kehidupan yang lebih baik,kami menyokongmu menjadi presiden republik(ini)
6)dengan hati yg ikhlas dan aqal yg bernas,kami sepakat memilihmu
7)wira@pejuang keamanan dan kesejahteraan
8) oh mubarak ,engkaulah harapan mesir
9)ok tu je...nasihat kpd pengunjung a)contohilah sikap abang zaki... sentiasa peka &prihatin...b)tak rugi kalau pen& kertas sentiasa menjadi teman...alaa... kan ada sorang ulama dahulu sebut"ma'al mihbaroh ilal maqbaroh"=aku sentiasa bertemankan pen dan kertas sehingga ke lubang qubur(akhir hayat)...wallahu a'lam.ilalliqo'

MZP said...

bila syafiq komen pun saya tak perasan... ni baru perasan...

terima kasih untuk komen yang bernas.

contohilah syafiq, dalam menjiwai makna lafaz.