Tuesday, January 31, 2006

Pindah Makna Dan Wazan

Perpindahan satu makna kepada makna yang lain.

Kalimah yang hendak dibincangkan adalah kalimah استغاث
(istaghasa – daripada wazan istaf 'a la)

Istaghasa pada asalnya membawa maksud (meminta hujan). Istaghasa – Yastaghisu – Istighasah.

Maksud (meminta hujan) telah berpindah kepada makna kedua iaitu (meminta tolong) dengan disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah penggunaannya secara majazi. Dalam bahasa yang mudah difahami, penggunaan secara majazi adalah penggunaan secara (pinjaman).

Sebab lain yang menyebabkan perpindahan makna juga adalah kerana manusia, apabila mereka ketandusan air, mereka akan 'meminta tolong' daripada Allah supaya menurunkan hujan (meminta hujan). Dan, jika kita cukup celik membayangkan masyarakat yang haus, tersangat-sangat haus, lagipula air adalah sumber kehidupan, kita akan sedar bahawa - lafaz yang membawa maksud (meminta hujan) ini juga membawa maksud (meminta tolong yang sangat-sangat).

Jadi, perpindahan makna telah berlaku.

Apa yang lebih menarik, iaitu, bahasa berkembang bersama manusia. Apabila telah tiba satu tahap, (meminta tolong) sudah cukup mustaqil (bebas) untuk berdiri pada dirinya sendiri. Kerana itulah, istaghasa akan membawa dua makna, satu meminta hujan, dan satu lagi meminta tolong (dengan sangat-sangat)

Bahasa terus berkembang, hingga kalau anda sedar, biarlah saya nukilkan satu ayat lagi untuk sama-sama kita kaji.

خدمة الإغاثة

Kalau saya tidak maknakan pun anda tahu maknanya. (Perkhidmatan Meminta Tolong)

Kita dapat perhatikan sedikit perbezaan. (Ighasah) itu asalnya adalah (Istighasah). Telah berlaku pemahzufan (pembuangan) alif, sin dan ta. Alif, Sin dan Ta, sebenarnya berfungsi membawa maksud (minta). Jadi, kalau alif, sin dan ta dibuang, ia bukan lagi membawa makna (meminta)?

Itulah saya kata, ia tetap membawa maksud meminta, dan kalimah ini telah berkembang daripada asalnya (istighasah) kepada lafaz baru (ighasah).

Kalau kurang prihatin, kita akan menakkul kalimah tersebut begini. (Ighasah) berasal daripada (aghasa - Yughisu – Ighasah) yang membawa makna, menghujankan. Atau, kalau setelah dipinjamkan (makna majazi) ia menjadi kepada makna (menolongkan). Daripada kedua-dua makna ini, tidak kelihatan makna (meminta), kerana makna meminta muncul dengan penggunaan (alif, sin dan ta).

Saya sudah membebel panjang sangat. Sebenarnya, saya jumpa ayat itu di lebuhraya. Sebagai panduan kepada pemandu kalau-kalau memerlukan apa-apa khidmat di lebuh raya (yang kosong kanan kirinya daripada rumah-rumah kediaman. Nak minta tolong siapa kalau ada masalah?)

Malhuzat 1: Perpindahan (yang kita bincangkan) melibatkan perpindahan makna, daripada makna (meminta hujan) kepada makna baru (meminta tolong)

Malhuzat 2: Perpindahan (kedua yang berlaku juga) adalah perpindahan wazan daripada wazan asal (istaf'ala – istaghasa) kepada wazan lain (af 'a la – aghasa) sedangkan makna masih sama – meminta tolong.

Monday, January 30, 2006

Najma-'u l-Jumuuk

هيا نجمع الجموع!

الخلص جمع الخالص
العراة جمع العاري
البصراء جمع بصير

هيا بالألفاظ الرائعة

القدام بمعنى أمام
القهقرى بمعنى الرجوع الى الوراء
أحرم (فى الصلاة) أكبر تكبيرة الإحرام
أم (فى الصلاة) تقدم الناس وصلى بهم إماما

Mari kita mengumpulkan kalimah-kalimah jamak!

Al-khullas jamak kepada al-khalis
Al-‘uratu jamak kepada al-a’ri
Al-busorok jamak kepada basir

Mari bersama lafaz-lafaz yang menakjubkan

Al-kuddam bermakna amam
Al-kohkoro bermakna ar-rujuk ilal warak
Ahrama (fis solati) - adalah - akbara takbiratal ihram
Amma (fis solati) – adalah - taqaddaman nasa wa solla bihim imaman.

Sunday, January 29, 2006

Zoohirataanii

Mana-mana bahasa dalam dunia pun akan mengalami perkembangan. Dan di antara perkembangan-perkembangan itu adalah apa yang dipanggil ظاهرة الإشتراك اللفظي (Zohiratul Isytirak Al-Lafzi) iaitu, Kemunculan Perkongsian Makna (yang berkembang menjadi ظاهرة التضاد (Zohiratut Tadoodt) dan yang kedua, apa yang dipanggil sebagai ظاهرة الترادف (Zohiratut Taraduf).

Zohiratul Isytirak al-Lafzi adalah satu kalimah yang mempunyai banyak makna. Sebagai contoh, دقيق adalah tepung, dan dalam masa yang sama, ia bermakna terperinci, mendalam. Ia berkongsi satu persamaan (walau dalam zat yang berbeza) iaitu menyatakan betapa halus biji butirnya sesuatu perkara itu.

Tetapi, apabila Zohiratul Isytirak al-Lafzi berkembang lebih dalam, ia kadangkala menimbulkan makna yang bertentangan antara makna pertama dan makna kedua. Di sinilah berlakunya apa yang disebut Zohiratut Tadoodt. Sebagai contoh, lafaz مولى (maula) yang bermaksud tuan, dan makna kedua, hamba. Antara tuan dan hamba, adalah dua zat (dalam skop yang sama) yang membawa makna yang bertentangan. Tidak seperti contoh sebelum ini, iaitu tepung dan terperinci, ia adalah dua kalimah dengan dua zat yang berbeza dalam skop berbeza.

Zohiratut Taraduf pula adalah berbilang perkataan bagi melambangkan satu benda atau satu perkara. Sebagai contoh, البر, الحنطة, القمح (alkomhu, alhintoh, alburru) dengan ketiga-tiga kalimah ini membawa makna yang sama – gandum.

Contoh-contoh lain.
الأمة (al-ummah) yang membawa maksud seseorang (fardu) dan satu jamaah atau perkumpulan. Ia adalah satu daripada Zohiratut Tadoodt.

العام, السنة, الحول, الحجة (alhujjah, alhaulu, as-sanah, al-‘aam) adalah lafaz-lafaz yang membawa makna tahun. Ia satu bentuk Zohiratut Taraduf.

Malhuzat 1: Saya mengalami kesukaran memaknakan kalimah zohirah. Seperti istilah (Zohiratut Tasakku’) yang bermaksud seolah-olah – budaya (budaya melepak). Tetapi zohirah di sini pula saya maknakan sebagai kemunculan.

Malhuzat 2: Saya merujuk kitab kuliah, meng’ilmam’kan sendiri, berbincang dengan ahli bait, dan membuka kamus. Terima kasih pada semua. Sekiranya sesiapa ada pendapat yang lebih jitu, sila beri komen.

Malhuzat 3: Ada juga contoh yang tidak dapat saya terangkan kerana kurang faham.

Manhumani La Yashba’ani
manhumi_ilm

Tuesday, January 17, 2006

Batta, Batara, Bataka Dan Batala

Seorang pelawat datang dan bertanyakan entri baru.

Baru-baru ini, ketika pulang dari peperiksaan, saya ada membelek Mu'jam Tullab sekaligus menemui sesuatu untuk dikongsikan dengan semua. Mengenai 4 perkataan ini.

( بَـتّ – بَـتـَر – بَـتـك – بَـتـل )

Perbezaan di antara setiap kalimah ini adalah pada 'lam al-fe'li' di mana lam fe'el dalam kalimah pertama adalah ta, lam fe'el bagi kelimah kedua adalah ra, lam fe'el kalimah ketiga adalah kaf dan lam fe'el bagi kalimah keempat adalah lam.

Dari sinilah kita mendapati bahawa, keempat-empat kalimah ini mempunyai kaitan yang sangat dekat sekali iaitu – hanya berbeza lam fe'el. Kaitan ini sekaligus mempunyai kaitan baru iaitu – mempunyai makna yang hampir sama atau dekat.

Mari lihat satu persatu.

بــت
Batta, yabittu atau yabuttu, battan - bermaknaقطع iaitu bermaksud potong.

بتر
Batara, yabturu, batran - bermakna قطع iaitu juga bermakna potong.

بتك
Bataka, yabtiku atau yabtuku, batkan - bermakna قطع iaitu bermakna potong juga.

بتل
Batala, yabtilu atau yabtulu, batlan – bermakna قطع iaitu bermakna potong juga.

Daripada sinilah, timbul satu teori yang mengatakan, bahawa terdapat satu perhubungan yang kuat antara satu kalimah dengan satu kalimah yang lain, kerana kalimah ini berkembang dan membiak, dan asalnya daripada satu asas yang sama. Untuk melihat aplikasinya dalam Bahasa Melayu (supaya lebih jelas) lihat perkataan catat dan catit, bukankah kedua-duanya mempunyai kaitan makna yang sangat kuat dan dekat, dan perbezaannya Cuma huruf a diganti i.

Harap catatan @ catitan saya untuk blog ini hidup kembali.

al_jantanie
manhumi_ilm

Nota Malhuzat
1) Kalau tak salah, teori ini pernah diulas dalam Mu'jam Maqayis Lughah, silap saya belum baca lagi.

2) Tidak biasa menaip jawi alias Arab menyebabkan saya kekok semasa menaip. (Moral : belajar-belajarlah taip Arab)

Monday, January 16, 2006

sms

توسيعا عليك, ترغيبا بك – لم تنأيين عني؟

حان ما حان, دان ما دان, ذهب ما ذهب, غاب ما غاب.

ذكرك ما فتئ, فالله أولى.

(Tausi'an alaiki, targhiban biki – lima tan-ayi-na 'anni?)
(Hana ma han, dana ma dan, zahaba ma zahab, ghaba ma ghab.)
(Zikruki ma fati-a, faLlahu aula.)

Seorang kawan (perempuan) beri sms dan mengucap salam. Antaranya ucapan tasyjik (beri semangat) untuk imtihan, dan doa-doa yang baik. Apa yang lebih? Ia dalam bahasa Arab. Saya pantang, jadi saya balas juga (sekadar yang saya mampu) seperti di atas.

Maknanya:

1. Tausi'an – wassa'a – yuwassi'u – meluaskan, melapangkan, memberi kelapangan.
2. Targhiban – (ragh-gha-ba) – (yuragh-ghi-bu) – menyukakan, menjadikan suka, menyenangkan.
3. (Tan-ayi-na) – (na-a) – (yan-a) – jauh, menjauh. (dengan dhomir anti)
4. Hana – yahinu – hainan – dekat.
5. Dana – yadunu – tunduk, akur.
6. Zahaba – yazhabu - pergi, berlalu, telah lepas.
7. Ghaba – yaghibu – ghaiban – ghiyaban – lenyap, hilang, ghaib, telah berlalu.
8. Zikruki – mengingatimu (p)
9. Ma (fati-a) – sentiasa, selalu, berterusan.
10. Aula – lebih utama, lebih aula.

Ayat pertama adalah soalan – Dengan segala kelapangan yang aku beri, dan dengan segala kegembiraan aku terhadapmu, mengapa engkau menjauhiku?

Ayat kedua adalah rencam.( konsep fe'el fa'el ) Telah dekat apa yang telah dekat (peperiksaan), telah akur apa yang telah akur (terhadap peperiksaan), telah berlalu apa yang telah berlalu (madah-madah imtihan), telah lenyap apa yang telah lenyap (masa, peluang).

Ayat ketiga (konsep mubtada' khabar) Mengingatimu sentiasa, maka (mengingati) Allah adalah lebih utama.

manhumi_ilm

Malhuzat 1: Saya tersilap bila meletak (tanfiran laki) dalam sms. Abaikan ia. Ataupun, kalau mahu ditakdirkan, takdirkan ia begini.

نفرت لك تنفيرا ليوسعك توسيعا عليك و ليرغبك ترغيبا بك

(Naffartu laki tanfiran, liyuwassi'uki tausi'an, wa liyuragh-ghi-buki targhiban biki)

Malhuzat 2: Kawan saya kata - bukan (tan-ayi-na) tetapi (tan-ai-na). Saya kena semak lagi