Sunday, January 29, 2006

Zoohirataanii

Mana-mana bahasa dalam dunia pun akan mengalami perkembangan. Dan di antara perkembangan-perkembangan itu adalah apa yang dipanggil ظاهرة الإشتراك اللفظي (Zohiratul Isytirak Al-Lafzi) iaitu, Kemunculan Perkongsian Makna (yang berkembang menjadi ظاهرة التضاد (Zohiratut Tadoodt) dan yang kedua, apa yang dipanggil sebagai ظاهرة الترادف (Zohiratut Taraduf).

Zohiratul Isytirak al-Lafzi adalah satu kalimah yang mempunyai banyak makna. Sebagai contoh, دقيق adalah tepung, dan dalam masa yang sama, ia bermakna terperinci, mendalam. Ia berkongsi satu persamaan (walau dalam zat yang berbeza) iaitu menyatakan betapa halus biji butirnya sesuatu perkara itu.

Tetapi, apabila Zohiratul Isytirak al-Lafzi berkembang lebih dalam, ia kadangkala menimbulkan makna yang bertentangan antara makna pertama dan makna kedua. Di sinilah berlakunya apa yang disebut Zohiratut Tadoodt. Sebagai contoh, lafaz مولى (maula) yang bermaksud tuan, dan makna kedua, hamba. Antara tuan dan hamba, adalah dua zat (dalam skop yang sama) yang membawa makna yang bertentangan. Tidak seperti contoh sebelum ini, iaitu tepung dan terperinci, ia adalah dua kalimah dengan dua zat yang berbeza dalam skop berbeza.

Zohiratut Taraduf pula adalah berbilang perkataan bagi melambangkan satu benda atau satu perkara. Sebagai contoh, البر, الحنطة, القمح (alkomhu, alhintoh, alburru) dengan ketiga-tiga kalimah ini membawa makna yang sama – gandum.

Contoh-contoh lain.
الأمة (al-ummah) yang membawa maksud seseorang (fardu) dan satu jamaah atau perkumpulan. Ia adalah satu daripada Zohiratut Tadoodt.

العام, السنة, الحول, الحجة (alhujjah, alhaulu, as-sanah, al-‘aam) adalah lafaz-lafaz yang membawa makna tahun. Ia satu bentuk Zohiratut Taraduf.

Malhuzat 1: Saya mengalami kesukaran memaknakan kalimah zohirah. Seperti istilah (Zohiratut Tasakku’) yang bermaksud seolah-olah – budaya (budaya melepak). Tetapi zohirah di sini pula saya maknakan sebagai kemunculan.

Malhuzat 2: Saya merujuk kitab kuliah, meng’ilmam’kan sendiri, berbincang dengan ahli bait, dan membuka kamus. Terima kasih pada semua. Sekiranya sesiapa ada pendapat yang lebih jitu, sila beri komen.

Malhuzat 3: Ada juga contoh yang tidak dapat saya terangkan kerana kurang faham.

Manhumani La Yashba’ani
manhumi_ilm

No comments: