Perpindahan satu makna kepada makna yang lain.
Kalimah yang hendak dibincangkan adalah kalimah استغاث
(istaghasa – daripada wazan istaf 'a la)
Istaghasa pada asalnya membawa maksud (meminta hujan). Istaghasa – Yastaghisu – Istighasah.
Maksud (meminta hujan) telah berpindah kepada makna kedua iaitu (meminta tolong) dengan disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah penggunaannya secara majazi. Dalam bahasa yang mudah difahami, penggunaan secara majazi adalah penggunaan secara (pinjaman).
Sebab lain yang menyebabkan perpindahan makna juga adalah kerana manusia, apabila mereka ketandusan air, mereka akan 'meminta tolong' daripada Allah supaya menurunkan hujan (meminta hujan). Dan, jika kita cukup celik membayangkan masyarakat yang haus, tersangat-sangat haus, lagipula air adalah sumber kehidupan, kita akan sedar bahawa - lafaz yang membawa maksud (meminta hujan) ini juga membawa maksud (meminta tolong yang sangat-sangat).
Jadi, perpindahan makna telah berlaku.
Apa yang lebih menarik, iaitu, bahasa berkembang bersama manusia. Apabila telah tiba satu tahap, (meminta tolong) sudah cukup mustaqil (bebas) untuk berdiri pada dirinya sendiri. Kerana itulah, istaghasa akan membawa dua makna, satu meminta hujan, dan satu lagi meminta tolong (dengan sangat-sangat)
Bahasa terus berkembang, hingga kalau anda sedar, biarlah saya nukilkan satu ayat lagi untuk sama-sama kita kaji.
خدمة الإغاثة
Kalau saya tidak maknakan pun anda tahu maknanya. (Perkhidmatan Meminta Tolong)
Kita dapat perhatikan sedikit perbezaan. (Ighasah) itu asalnya adalah (Istighasah). Telah berlaku pemahzufan (pembuangan) alif, sin dan ta. Alif, Sin dan Ta, sebenarnya berfungsi membawa maksud (minta). Jadi, kalau alif, sin dan ta dibuang, ia bukan lagi membawa makna (meminta)?
Itulah saya kata, ia tetap membawa maksud meminta, dan kalimah ini telah berkembang daripada asalnya (istighasah) kepada lafaz baru (ighasah).
Kalau kurang prihatin, kita akan menakkul kalimah tersebut begini. (Ighasah) berasal daripada (aghasa - Yughisu – Ighasah) yang membawa makna, menghujankan. Atau, kalau setelah dipinjamkan (makna majazi) ia menjadi kepada makna (menolongkan). Daripada kedua-dua makna ini, tidak kelihatan makna (meminta), kerana makna meminta muncul dengan penggunaan (alif, sin dan ta).
Saya sudah membebel panjang sangat. Sebenarnya, saya jumpa ayat itu di lebuhraya. Sebagai panduan kepada pemandu kalau-kalau memerlukan apa-apa khidmat di lebuh raya (yang kosong kanan kirinya daripada rumah-rumah kediaman. Nak minta tolong siapa kalau ada masalah?)
Malhuzat 1: Perpindahan (yang kita bincangkan) melibatkan perpindahan makna, daripada makna (meminta hujan) kepada makna baru (meminta tolong)
Malhuzat 2: Perpindahan (kedua yang berlaku juga) adalah perpindahan wazan daripada wazan asal (istaf'ala – istaghasa) kepada wazan lain (af 'a la – aghasa) sedangkan makna masih sama – meminta tolong.
No comments:
Post a Comment