Monday, February 13, 2006

Marah

Saya marah. Apa itu – 'tidak mengetahui ikrab pun boleh faham Bahasa Arab dengan betul?' Cuba datangkan pendapat dari ulamak mana yang menafikan kepentingan memahami ikrab dan kesannya kepada pemahaman Bahasa Arab yang betul?

Apa anda tidak baca, pendapat ulamak-ulamak yang menyatakan antaranya bermaksud – kunci kepada pemahaman Bahasa Arab adalah dengan menguasai ilmu Nahu? Dan Nahu adalah kajian kepada baris terakhir sesuatu perkataan, juga kajian terhadap hubungkait perkataan dalam sesebuah struktur ayat!

Jadi, kalau anda rasa anda betul, cuba terangkan kepada saya (dengan meneliti ayat ini) - Jaa'a Rasulullahu Sallallahu Alaihi Wasallam, mengapa frasa (Sallallahu Alaihi Wasallam) diikrab sebagai 'sifat' dan bukan 'hal'?

Apa beza sifat dengan hal? Dan apa kesannya kepada ayat (dan maknanya) sekiranya kita memaknakan ia sebagai sifat juga hal? Apakan kesannya kalau kita mengandaikan ia sebagai istiknaf? Apakah kesannya pula kalau kita mengandaikan ia sebagai atof bayan? Apa ada beza sekiranya kita menganggarkan ia sekali sebagai sifat, dan sekali sebagai atof bayan? Atau anda rasa, tanpa memahami ikrab anda masih memahami Bahasa Arab dengan 'betul' dan tepat?
Kalau saya membawa anda terlalu jauh ke dalam 'tuisyen' daripada 'Kuliah Lughah', saya bersetuju masuk ke dalam kuliah anda (Kuliah Syariah) lantas bertanya – buktikan kesan yang dimainkan oleh 'makrifatul ikrab' dalam ayat :

فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى المرافق وامسحوا برؤوسكم وأرجلكم إلى الكعبين

Dari ayat ini, sila terangkan kepada saya, bagaimana peranan Bahasa (dan mengetahui ikrab) sehingga anda akan bersetuju bahawa yang disapu pada bahagian kepala adalah sebahagian dan bukan seluruhnya? Kemudian terangkan kepada saya, bagaimana peranan Bahasa (dan mengetahui ikrab) bahawa kita hendaklah membasuh kaki dan bukan menyapunya?

Saya sudah penat hendak berasa marah. Anda baca, dan kalau tidak berpuashati, kita boleh bincang lagi.

al_jantanie
manhumi_ilm

No comments: